Lawak terapan
Lawak terapan

Lawak terapan

Lawak terapan, lelucon terapan atau lelucon praktikal (Bahasa Inggeris: practical joke atau prank) adalah helah yang diperlakukan seberapa orang dengan tujuan bergurau terhadap individu tertentu lalu menyebabkan orang yang disasarkan kaget, tidak selesa atau kehairanan.[1][2] sambil menyebabkan rasa lucu kepada penonton yang memerhati.Lawak-lawak ini sering menjadi asas kepada rancangan realiti tertentu untuk tujuan hiburan ramai - Candid Camera, Punk'd dan Just for Laughs: Gags merupakan antara rancangan menggunakan pendekatan sedemikian.Sejak kebelakangan ini, lawak-lawak tersembunyi ini sering dipergunakan para pengkarya kandungan media dalam platform-platform media sosial tertentu seperti Instagram dan YouTube dengan tujuan menaikkan keterlihatan dan kemasyhuran pemilik akaun. Hal ini sekiranya tidak dapat dikendalikan dengan baik maka ia boleh mendatangkan bahaya dari segi keselamatan atau reputasi melalui pelanggaran undang-undang.[3][4]